KOTA KINABALU: Seramai lima pelajar Sabah menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara 2024 yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini.
Kesemua pelajar berkenaan adalah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan-University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia -University of Manchester, United Kingdom (UK), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer, Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar, Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).
BKNS Ke Luar Negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperoleh keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Exco Pendidikan Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainudin Aman; Pengarah Bahagian BKNS Emas Sanjongan Datu Okar; dan Ahli Jawatankuasa BKNS.
Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya.
— TAMAT
Add Comment