Home » Kesan-kesan buruk pemerintahan Parti Warisan kepada Sabah
Politik Sudut Pandangan

Kesan-kesan buruk pemerintahan Parti Warisan kepada Sabah

pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelabur hampir musnah hanya dalam tempoh 26 bulan di bawah Kerajaan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.

ANTARA tahun 2003-2018, tidak disangkal banyak kemajuan yang berlaku di Sabah, baik pertumbuhan ekonomi, kutipan hasil dan kemajuan-kemajuan lain.

Namun kemajuan-kemajuan itu terutama pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelabur hampir musnah hanya dalam tempoh 26 bulan di bawah Kerajaan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam sejarah kerajaan negeri, hanya kerajaan Parti Warisan telah berhadapan saman hampir RM2.5bilion antaranya berkaitan penamatan 58 Loji Rawatan Air (LRA) yang membabitkan 9 syarikat konsensi.

Penamatan syarikat konsensi yang berpengalaman mengurus LRA dan menggantikan dengan syarikat baharu yang tiada pengalaman menyebabkan gangguan bekalan air, dan berlanjutan sehingga awal tahun 2024.

Kesan daripada penamatan itu bukan sahaja gangguan bekalan akan tetapi kerajaan terpaksa membayar pampasan RM315.2juta, jumlah wang ini boleh membina beberapa LRA.

Oleh kerana kesan pemerintahan Shafie bagaikan kera mendapat bunga, bagaikan tikus membaiki labu, perekonomian negeri yang diwarisi yang berkembang 8.2 peratus pada tahun 2017, menjunam ke paras 1.5 peratus pada tahun 2018, menunrun lagi ke paras 0.5 peratus pada tahun 2019, dan kemudiannya menjadi negatif 9.2 peratus pada tahun 2020.

Apabila wakil-wakil rakyat pada masa itu melihat keadaan ekonomi yang menjunam yang menuju lumpuhnya perekonomian negeri, maka lebih separuh daripada para ADUN menolak kerajaan Shafie pada Julai 2020, yang menyebabkan pembubaran DUN Sabah untuk memberi laluan PRN-16 mengejut.

Kesan pemerintahan Shafie yang begitu lemah, kacau bilau, termasuk keputusan mahkamah berkaitan perlantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah tidak sah, menghentikan Project Delivery Partner (PDP) Pan Borneo, telah memberi kesan yang amat buruk, antaranya bekalan air terganggu, penyiapan pan borneo terbantut, serta kerugian wang kerajaan berjumlah ratusan juta ringgit.

Apabila Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat semasa merasmikan Persidangan Tahunan Bahagian Pitas mendedahkan berkaitan punca bekalan air di Sabah terganggu angkara kerajaan Parti Warisan, Presiden Warisan cuba menegakan benang basah, dan berhujah menghalalkan tindakan itu, kononnya 9 syarikat yang ditamatkan ada hubungkait dengan skandal “watergate” Sabah yang sedang dibicarakan, sedangkan syarikat-syarikat itu lah yang banyak mendapat manfaat daripada peruntukan RM3.3bilion KKLW semasa Shafie menteri. Semasa era Shafie 100% peruntukan KKLW untuk urusan bekalan air diurus oleh Shafie, tidak melibatkan kerajaan negeri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment