Home » Tabung Pendidikan DUN Sugut ditubuhkan
Berita Tempatan Politik

Tabung Pendidikan DUN Sugut ditubuhkan

TERIMA KASIH:James yang juga Adun Sugut menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli Gagasan Rakyat bahagian merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PGRS Bahagian Sugut yang diadakan di sini pada Sabtu.

PAITAN: Tabung Pendidikan DUN Sugut telah ditubuhkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib di sini pada Sabtu.

“Pada hari ini saya mengumumkan penubuhan sebuah Tabung Pendidikan Dewan Undangan Negeri Sugut (Tabung Pendidikan DJR) di mana saya melihat tabung ini sangat penting terutama sekali bantuan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi IPTA dan IPTS.

“Kebanyakan mereka ini berasal dari luar bandar yang kurang berkemampuan untuk melunaskan pembayaran-pembayaran awalan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke institusi berkenaan.

“Apabila saya melihat perkara ini sangat penting, dan kemampuan ibu bapa yang terhad, maka saya telah menubuhkan tabung ini untuk membantu rakyat saya terutama sekali ahli-ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Dun Sugut,” kata beliau.

Menurut James, tabung yang akan dimulakan pada tahun 2025 ini akan bermula dengan dana sebanyak RM100,000 yang kita sediakan khas bagi tujuan tersebut.

“Kita telahpun melantik anggota-anggota jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan ini,” kata beliau.

James yang juga Adun Sugut berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PGRS (Gagasan Rakyat) Bahagian Sugut yang diadakan di sini pada Sabtu.

“Hari ini saya telahpun merasmikan persidangan parti PGRS Sugut yang telah dihadiri oleh 193 perwakilan  Bahagian Sugut.

“Harapan saya kepada semua Ketua-Ketua Cawangan supaya pastikan ahli-ahli mereka benar-benar ikhlas dan setia kepada perjuangan parti PGRS yang dipimpin YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, selaku Presiden parti.

“Kita tidak mahu ramai ahli cawangan tetapi tidak berkualiti. Apa yang kita mahu, walaupun sedikit ahli cawangan, tapi meteka berkualiti, setia dan bertanggungjawab kepada parti,” katanya.

Apabila datangnya PRN nanti, James berkata, mereka ini benar-benar mengundi Gagasan Rakyat.

“Apa yang kita mahu elakkan ialah situasi di mana apabila menjelangnya Pilihan Raya, para Ketua Cawangan tidak mampu mengawal ahlinya.

“Ketua Cawangan perlu pastikan semua ahli di bawah cawangannya itu mengundi parti Gagasan ataupun GRS pada PRN yang akan datang kelak,” jelas beliau.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment