Home » Lagi 35 pelajar di Nabawan dapat sumbangan
Berita Tempatan Politik

Lagi 35 pelajar di Nabawan dapat sumbangan

DECKSON (duduk, tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama pelajar yang menerima sumbangan.

NABAWAN: Seramai 35 pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson dalam satu majlis ringkas di pejabat Adun Nabawan, Jumaat.

Abdul Ghani berharap pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di mana-mana IPT supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Harungilah cabaran yang bakal dihadapi dan berpeganglah dengan pegangan agama masing-masing disamping menyematkan pesanan ibu bapa masing-masing dalam hati” katanya dalam amanatnya yang dibacakan Deckson.

Sementara itu Deckson berkata, kejayaan pelajar bukan sahaja menjadi kebanggaan ibu bapa tetapi juga masyarakat di daerah ini, amnya.

Turut hadir, Pegawai e-Kasih Razi Taihing, Pemaju Mukim Pensiangan Ambord Endim dan Staf pejabat Adun Nabawan Lamik Burong.

—  Marutin Ansiung