Home » PRU-14: Tiada parti diberi mandat bentuk kerajaan Sabah
Politik Sudut Pandangan

PRU-14: Tiada parti diberi mandat bentuk kerajaan Sabah

SAH:Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 , pada 29 September 2020 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. Foto :BERNAMA

PADA PRU-14, jumlah kerusi yang diperlukan 31/60 (minimum) untuk sesebuah parti atau gabungan parti-parti membentuk kerajaan atau dengan istilah lain diberi mandat oleh rakyat membentuk kerajaan di Sabah.

Pada PRU-14, parti-parti yang mendapat kerusi BN 29/60; Warisan 21/60; DAP 6/60; PKR 2/60 dan STAR 2/60.

Oleh kerana keputusan tiada parti yang mendapat majoriti mudah atau DUN tergantung, maka selepas berjam-jam perundingan antara parti-parti, akhirnya BN dan STAR bergabung membentuk kerajaan BN Plus.

Malangnya selepas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan barisan kabinet mengangkat sumpah, 6 ADUN BN menarik sokongan, 4 daripada Umno dan 2 daripada UPKO membentuk jajaran baharu dengan Parti Warisan, DAP dan PKR.

Kesan penarikan sokongan tersebut, Datuk Seri Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, sehingga satu ketika Sabah mempunyai dua Ketua Menteri pada masa yang sama.

Selepas “legal battle”, kedudukan TSMA akhirnya diputuskan “kehilangan” majoriti sebagai alasan untuk mengesahkan perlantikan Shafie.

Kesimpulannya, semasa Shafie menjadi Ketua Menteri bukan kerana mandat rakyat, akan tetapi “by default” kerana tindakan ADUN-ADUN BN yang menyertai Warisan yuntuk membentuk kerajaan Warisan Plus.

Datuk Seri Shafie Apdal (kiri) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri kesan daripada penarikan sokongan kepada Tan Sri Musa Aman (Kanan) yang sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri setelah BN bergabung dengan STAR.

Tindakan 6 ADUN BN itu dipengaruhi keadaan masa itu, kerana BN telah kehilangan kuasa baik Persekutuan dan negeri-negeri di Semenanjung kecuali Perlis dan Pahang serta Sarawak.

Apabila keadaan politik negara tidak menentu, politik Sabah juga tidak terkecuali, dan terus bergolak seiringan dengan bergolaknya politik negara.

Apabila pada Mac 2020, Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, dan kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih, kerajaan Sabah juga bertukar pada September 2020, menerusi pilihanraya.

Sementara kerajaan Sabah terbentuk kerana keputusan pilihanraya yang diadakan pada 26 September 2020, kerajaan Persekutuan pula terbentuk selepas PRU-15 bukan kerana mandat diberikan rakyat akan tetapi menerusi penjajaran antara parti politik, sekali lagi, kerajaan yang terbentuk juga “by default”.

Jika Datuk Seri Shafie Apdal bersungguh-sungguh sangat memberi tahu rakyat bahawa beliau mendapat mandat rakyat menjadi Ketua Menteri, sesungguhnya bercanggah dengan fakta.

Keputusan rakyat tidak memberi mandat pada Shafie dan Warisan memang betul, apabila Shafie menjadi Ketua Menteri “by default” menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di Sabah terutama berkaitan ekonomi, terganggunya bekalan air, terbantutnya penyiapan Pan Borneo, melonjaknya PATI dan masalah-masalah pentadbiran dan kewangan.

Shafie dan barisan kabinet beliau serta lantikan-lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan bagaikan kera mendapat bunga, bagaikan tikus membaiki labu.

Ekonomi Sabah yang berkembang rata-rata 8 peratus sebelumnya, menjunam ke paras 1.5 Peratus pada tahun 2018, menurun lagi ke paras 0.5 peratus pada tahun 2019, tiada sebarang sebab, melainkan pemerintahan dan pentadbiran yang sangat lemah.

Atas sebab keadaan ekonomi yang semakin teruk kesan pemerintahan Shafie, maka ekonomi bertambah teruk lagi apabila berlaku pandemik Covid-19, sehingga pertumbuhan ekonomi negeri menjadi negatif 9.2 peratus pada tahun 2020.

Jika Shafie tidak tumbang pada September 2020, kemungkinan ekonomi Sabah bertambah teruk lagi pada tahun 2021.

Oleh kerana GRS mengambil alih pada September 2020, maka pada tahun 2021, ekonomi negeri kembali positif 1.2 peratus, ertinya secara real ekonomi Sabah berkembang lebih 10 peratus dengan mengambil titik bermula negatif 9.2 peratus.

Juga kesan pemerintahan dan pentadbiran GRS, kutipan hasil Sabah kali pertama melepasi angka RM5bilion, iaitu RM5.449 bilion. Pada tahun 2022, kutipan hasil melepasi angka RM6bilion, iaitu RM6.96 bilion dan terus meningkat pada paras RM6.973 bilion pada tahun 2023. Tahun ini (2024) dijangka melepasi angka RM8bilion.

Benar lah keputusan rakyat memberi mandat pada Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menjadi Ketua Menteri apabila membuktikan pertumbuhan ekonomi terus meningkat.

Selain itu benar lah juga keputusan rakyat apabila kerajaan GRS sedaya upaya menyelesaikan masalah-masalah yang disebabkan oleh Shafie dan Parti Warisan terutama berkaitan bekalan air, apabila membina 6 Loji Rawatan Air (LRA) baharu dan empangan hidro Tenom, selain membekal sehingga 6000MLD juga boleh membekal tenaga elektrik.

Bekalan air terganggu berpunca daripada penamatan 9 syarikat konsisi yang mengurus 58 LRA, dan digantikan dengan syarikat baharu lantikan Shafie dan Warisan yang tiada pengalaman.

Walaupun kerajaan GRS tahu, syarikat-syarikat baharu punca masalah bekalan air terganggu, akan tetapi perlantikan tidak ditamatkan sebaliknya diberi peluang memperbetulkan kekurangan masing-masing, kerana mengambil maklum kesan pembatalan, kerajaan terpaksa membayar pampasan ratusan juta ringgit, seperti mana dilakukan Shafie dan kerajaan Warisan yang menyebabkan wang negeri berjumlah RM315.2 juta perlu digunakan untuk membayar pampasan, sedangkan wang sebanyak itu boleh membina beberapa LRA baharu.

Menjadi pengajaran pada rakyat Sabah, bahawa memberi mandat pada pemimpin dan parti yang tahu mengurus, mentadbir dan memerintah, kerana tersalah pilih buruk akibatnya.

Jangan sesekali memberi peluang pada para pemimpin yang ternyata gagal, tiada kemampuan mentadbir, termasuk pemimpin yang diberi peluang menjadi Menteri Kementerian Kerjaraya Sabah (KKR) (Oktober 2020- 10 Januari 2023) yang hanya tin kosong.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .