Home » Hajiji dianugerahkan Felo Kehormat AFEO
Berita Tempatan Politik

Hajiji dianugerahkan Felo Kehormat AFEO

DIIKTIRAF: Hajiji (lima kanan) menerima anugerah Felo Kehormat AFEO daripada Dr Jeffrey ketika dalam pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dianugerahkan Anugerah Felo Kehormat daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO).

Penganugerahan diberikan berdasarkan visi dan pemahaman beliau mengenai peranan komuniti kejuruteraan.

Anugerah itu disampaikan Pengerusi AFEO dan Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Professor Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin di Menara Kinabalu, pada Isnin di sini.

Setiausaha Agung AFEO, Prof. Dr. David Chuah Joon Huang berkata, anugerah itu diberikan kepada individu seperti Timbalan atau Naib Presiden sesebuah negara, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Kementerian dan individu terkemuka dalam kedudukan dan pangkat yang tinggi serta tokoh terkenal di peringkat dunia.

Katanya, ia termasuklah yang telah memberikan sumbangan yang sangat besar dan cemerlang kepada profesion kejuruteraan, institusi dan negara-negara ASEAN.

“Sumbangan Hajiji berimpak kepada pembangunan komuniti, kemajuan ekonomi dan tadbir urus yang berkesan menonjolkan seorang pemimpin yang sangat komited terhadap kebajikan Sabah. 

“Tadbir urus yang bijak, dasar-dasar visi serta pemahaman beliau mengenai peranan komuniti kejuruteraan menjadikan beliau calon yang layak untuk diiktiraf di peringkat ASEAN,” katanya.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya AER, Simon Yeong Chin Chow dan jawatankuasa IEM Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Mohd Yaakob Jaafar.

Chiang memberi taklimat kepada Hajiji mengenai Persidangan AFEO ke-42 (CAFEO) yang akan dianjurkan oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dari 22 sehingga 24 Oktober.

Bertemakan ‘Merangka Pertumbuhan ASEAN dengan Transformasi Digital, Kejuruteraan Pintar, dan Penyelesaian Hijau’, CAFEO ke-42 dijangka menarik 1,200 hingga 1,500 peserta.

Anugerah Anugerah Felo Kehormat biasanya diberikan bersempena dengan majlis perasmian CAFEO.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment