Home » Program Ziarah Sayang dekati golongan kurang bernasib baik
Berita Tempatan Politik

Program Ziarah Sayang dekati golongan kurang bernasib baik

ALBUM: Redonah menyerahkan barangan keperluan asas kepada salah seorang penerima di Kota Marudu.

KOTA KINABALU: Biro Wanita dan Keluarga Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah menganjurkan Program Ziarah Sayang dengan kerjasama Wanita Gagasan Rakyat bahagian Bandau.

Program Ziarah Sayang yang diadakan itu telah menziarahi kira-kira 50 penduduk di beberapa buah Kampung Tanjong Batu Darat dan Kampung Komoroko di Kota Marudu semalam.

Rombongan Ziarah Sayang itu diketuai Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda dengan disertai Pengerusi Biro Wanita dan Keluarga Masturah Jamrah; Pengerusi Biro It dan Media, Julia Ahmad Bahrom Titingan; Pengerusi Biro Pendidikan, Jalilah Ahpiang; Ketua Wanita Likas Halizah Din serta Wanita Gagasan Rakyat Bandau.

ALBUM: Redonah menyerahkan barangan keperluan asas kepada salah seorang penerima di Kota Marudu.

 

Menurut Redonah program itu dianjurkan bagi mendekati kumpulan sasar yang terdiri daripada fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU), balu dan warga emas.

“Program ini memberi maksud yang cukup baik dengan penganjuran aktiviti ziarah sayang ke rumah-rumah golongan ini.

“Program ziarah sayang  ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada golongan berkenaan sejajar dengan hasrat kerajaan bagi membentuk masyarakat penyayang,” katanya.

Beliau turut berharap program seumpama itu diperbanyakkan lagi pada masa hadapan yang juga mampu mengeratkan hubungan baik antara pemimpin dan rakyat.

“Saya juga menggalakkan mana-mana syarikat milik kerajaan mahu pun syarikat korporat untuk bersama-sama menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

Jelas beliau program ziarah sayang yang dilaksanakan ini adalah merupakan gerak kerja berterusan di seluruh Sabah.

“Bukan sahaja mengunjungi orang yang sakit dan warga emas tetapi menemui ahli keluarga yang juga adalah pengundi, ” katanya.

Sempena Program Ziarah Sayang itu seramai 50 keluarga diberikan barangan keperluan asas.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment