Home » Ibu maut, anak parah dirempuh kereta api semasa melintas landasan
Uncategorized

Ibu maut, anak parah dirempuh kereta api semasa melintas landasan

KOTA KINABALU: Seorang ibu maut manakala anaknya parah selepas dirempuh kereta api semasa melintas landasan di Landasan Kereta Api berhadapan Kampung Petagas, Putatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata kejadian jam 1.55 petang itu membabitkan mangsa berumur 41 tahun dan anak lelakinya berumur 11 tahun.

“Kedua-dua mangsa dirempuh ketika sedang melintas di landasan oleh kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari Beaufort.

“Impak kejadian menyebabkan mangsa wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kanak-kanak lelaki terbabit mengalami kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment