PRIHATIN: George (belakang, tiga kanan) merakamkan gambar kenangan ketika menyampaikan sumbangan.
SANDAKAN: Kemahiran bermain peralatan muzik tradisional seperti kompang perlu dipelihara dan diwariskan kepada generasi baharu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata demikian ketika mengadakan lawatan santai ke Kampung Air Sandakan bagi menyampaikan sumbangan kompang kepada anak-anak muda di kawasan berkenaan.
“Saya difahamkan kompang yang dimiliki mereka sebelum ini telah musnah dalam kebakaran yang berlaku di kampung,” katanya.
Menurutnya, anak-anak muda Kg. Air Sandakan sememangnya berbakat dalam memainkan peralatan muzik kompang.
Beliau berharap sumbangan berkenaan mampu memberikan dorongan mereka untuk terus memelihara amalan tradisional itu khususnya pada majlis kenduri, perayaan ataupun acara keramaian.
— UB
Add Comment