Home » China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari mulai akhir bulan ini
Berita Am Berita Dalam Negara

China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari mulai akhir bulan ini

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang memasuki China bakal menikmati pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding ketika ini 15 hari.

Kedutaan China dalam kenyataan di laman sosial Facebook memaklumkan, tempoh itu bermula 30 November sehingga 31 Disember ini.

“China meluaskan skop dan memanjangkan tempoh menetap rakyat Malaysia yang termasuk dalam kategori tersenarai dasar perintis pengecualian visa China ke Malaysia, berkuat kuasa dari tengah malam pada 30 November hingga tengah malam pada 31 Disember 2024 (waktu Beijing).

“Pemegang pasport biasa rakyat Malaysia yang datang ke China untuk tujuan perniagaan, bersiar-siar, melawat saudara-mara atau rakan-rakan, transit dan yang menghadiri program pertukaran, boleh masuk ke China tanpa visa dan tinggal di negara itu tidak melebihi 30 hari.