Home » Calon TYT Sabah: Jasa adalah ukuran
Politik Sudut Pandangan

Calon TYT Sabah: Jasa adalah ukuran

Musa Aman menjadi ketua menteri Sabah selama 15 tahun bermula 2003.

TUAN YANG TERUTAMA (TYT) dilantik Agong atas cadangan Perdana Menteri, seperti yang dinasihatkan oleh  Ketua Menteri.

Seseorang yang disyorkan sebagai TYT, berpandukan pada pertimbangan daripada berbagai sudut, dan jasa seseorang itu pada masa ianya disyorkan.

Kini, di Sabah berbagai ulasan, siapakah bakal dilantik TYT ke-11, memandangkan tempoh jawatan TYT sekarang tamat pada 31 December 2024, selepas disambung beberapa kali, sejak tahun 2019. Sebelum ini tempoh jawatan maksimum 2 penggal, iaitu 8 tahun.

TYT yang ada sekarang dilantik pada tahun 2011, dan sepatutnya telah tamat perkhidmatan pada Dec 2019, akan tetapi era kerajaan Parti Warisan telah membatalkan had tempoh, ertinya, TYT yang sama akan meneruskan kedudukan sebagai TYT, selagi diperpanjang lantikan untuk tempoh terentu.

Bukan kelaziman Jawatan TYT dipersendakan, akan tetapi pada masa ini jawatan tersebut menjadi alat gurauan terutama di media sosial yang dikendalikan penyokong Parti Warisan.

Apabila spekulasi, mantan Ketua Menteri terlama Sabah, Tan Sri Musa Aman bakal disyorkan sebagai TYT ke-11, penyokong parti Warisan, menaburkan berbagai fitnah dan pembohongan, hanya kerana dendam, Shafie dan Kerajaan Parti Warisan tumbang, kerana hasil gerakkan mantan Ketua Menteri tersebut.

Selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU-14, musuh-musuh politik pemimpin yang mengambil alih kerajaan telah dikenakan berbagai tuduhan, termasuklah Musa. Akan tetapi, selepas proses mahkamah, Musa dilepaskan dan dibebaskan, ertinya, dengan kata lain, pertuduhan hanya rekaan, tiada asas untuk pertuduhan.

Akan tetapi, kelaziman fitnah. Sebab itu fitnah lebih kejam daripada pembunuhan. Walaupun yang difitnah dibersihkan menerusi mahkamah, seseorang yang difitnah menanggungnya dalam masa yang panjang, sepertimana berlaku pada masa ini, penyokong Warisan, menyebarkan fitnah-fitnah yang telah direka sebelumnya, yang telahpun diautakan oleh mahkamah.

Jasa Musa terhadap rakyat dan negeri, jawatan TYT bukan lah ukuran, akan tetapi kerana jawatan tersebut merupakan yang tertinggi, maka tiada kesangsian, jika jawatan tersebut dikurniakan sebagai bentuk balasan pada jasa-jasa yang ditaburkan.

Bukan mudah memulihkan ekonomi, meningkatkan kutipan hasil negeri. Akan tetapi, kepimpinan Musa bukan sahaja dapat memulihkan ekonomi, akan tetapi rezab kewangan yang amat sedikit, tidak sampai RM200juta pada tahun 2003, kepada lebih RM3bilion dan diwariskan pada Kerajaan warisan pada Mei 2018.

Kutipan hasil negeri tidak pernah melepasi angka RM3 bilion berdekad-dekad, walaupun di puncak kayu balak terus ditebang sebagai sumber kewangan negeri. Akan tetapi, kutipan hasil ditingkat melepasi angka RM4bilion, dikala, kayu balak, bukan lagi sumber utama pendapatan negeri.

Kemajuan demi kemajuan dilakar, termasuk Kerajaan Persekutuan bersetuju membina Pan Borneo.

Sementara kerajaan-kerajaan sebelum ini menebang hutan, Musa memperkenalkan tidak mengeluarkan sebarang lesen baharu, yang tamat tidak diperbaharui, dan menguatkuasakan Simpan Hutan dilindungi (TPA) dan hutan kekal, dengan sasaran 30 peratus keluasan Sabah. 30 peratus itu bukan angka kecil, tetapi jutaan hektar. Matlamatnya, agar generasi akan datang dapat mewarisi hutan yang dimiliki negeri.

Kini, hutan menjadi sumber pendapatan baharu, menerusi kredit karbon. Bayangkan jika Musa tidak memperkenalkan simpanan hutan kekal, Sabah kehilangan peluang mendapat pendapatan daripada kredit karbon, yang bernilai bilion ringgit. Demikian juga jika tidak diperkenalkan perlindungan kawasan laut, ekonomi biru, tidak dapat diterokai.

Pendek kata, jasa Musa perlu dikenang, perlu diucapkan terima kasih, kerana hampir 20 tahun menabur bakti kepada rakyat dan negeri, selepas keluar daripada zon selesa sebagai ahli perniagaan yang berjaya pada tahun 1990.

Kepada “haters” simpanlah kebodohan itu untuk diri sendiri, jangan tayang pada orang lain.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment