Home » PRU15: Annuar Musa tubuh parti baharu?
Berita Dalam Negara Politik

PRU15: Annuar Musa tubuh parti baharu?

Logo parti dan surat pengesahan parti baharu yang diterajui Annuar Musa.

PETALING JAYA – Selepas nama tidak tercalon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai telah menubuhkan sebuah parti baharu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, parti baharu itu dinamakan dengan Muafakat Nasional dan turut disertakan beberapa keping gambar yang memaparkan logo, baju, senarai ahli parti serta surat pengesahan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan nama Annuar sebagai presiden parti berkenaan, manakala bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Budiman Mohd Zohdi serta bekas setiausaha sulit Annuar, Datuk Mohammad Azam Ismail sebagai ahli jawatankuasa parti itu.

Dalam hantaran itu juga, Annuar berkata, walaupun dirinya terbuang, tetapi dia beliau harus kekal sebagai pejuang yang terbilang.

“Insya-Allah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak kearah perpaduan dan penyatuan ummah.

“Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa. Kita kuat jika bersatu padu. Berdiri dalam saf yg dipimpin dgn jelas halatuju, kepimpinan bermutu.

“Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yg terbilang,” tulisnya.

Terdahulu semalam, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan calon yang akan bertanding mewakili Parlimen Ketereh adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin.

KOSMO! ONLINE

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment