Home » PRU15: Calon GRS mahu Semporna berada di landasan tepat
Berita Tempatan Politik

PRU15: Calon GRS mahu Semporna berada di landasan tepat

Nixon yang juga Timbalan Ketua Bersatu ditemani jentera parti turut ke Kg Kabimbangan, Kg Egang-Egang, Kg Tundun, Kg Bum-Bum, Kg Tabunan, Kg Muslim, Kg Tongkalloh dan Kg Look Buaya.

SEMPORNA: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P.189 Semporna, Nixon Abd Habi memulakan kempen pada hari kedua dengan menyantuni keluarga dan pengundi di 10 buah kampung yang terletak di kawasan pulau.

Antara 10 kampung dilawati calon GRS itu yang membawa aspirasi mahu Semporna berada di landasan tepat dan tidak ketinggalan dari segi pembangunan adalah Kg Gelam-Gelam, dan Kg Seloka 4.

Selain itu Nixon yang juga Timbalan Ketua Bersatu ditemani jentera parti turut ke Kg Kabimbangan, Kg Egang-Egang, Kg Tundun, Kg Bum-Bum, Kg Tabunan, Kg Muslim, Kg Tongkalloh dan Kg Look Buaya.

“Kita akan memanfaatkan masa berkempen ini untuk menyantuni pengundi, walau bukan semua kampung di Parlimen Semporna ini dapat kita jejaki namun sekurangnya kita berusaha untuk berjumpa pengundi di kawasan,” katanya.

Kerusi Parlimen P.189 Semporna berdepan persaingan empat penjuru iaitu selain Nixon, pencabar terdekat adalah penyandang kerusi Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (Warisan), Arastam Imam Pandorog (PH) dan Ab Rajik @ Ab Razak Ab Hamid (PEJUANG).

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment