Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin
KUALA LUMPUR, 7 Nov – Mana-mana ahli BERSATU yang tidak mendapat kebenaran parti untuk bertanding pada pilihan raya, keahliannya adalah terhenti secara serta-merta.
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata dalam satu kenyataan malam Isnin, keahlian terhenti secara merta-merta itu selaras Fasal 10.2.4 Perlembagaan BERSATU.
Menurut Hamzah, ia juga terpakai kepada pencadang atau penyokong kepada mana-mana parti lawan atau calon Bebas.
Kenyataan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan kes yang dirujuk.
Media sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Kelantan, Mohd Zulkifli Zakaria mengemukakan borang penamaan calon untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Add Comment