Home » Ketua Menteri Sambut Ketibaan Tun Mahathir Sebagai Kawan
Politik Sudut Pandangan

Ketua Menteri Sambut Ketibaan Tun Mahathir Sebagai Kawan

Tersangat jelas, apabila wartawan memberi soalan pada Tun Dr Mahathir, berkaitan sambutan Hajiji, dengan tegas mantan Perdana Menteri berkata, ianya bukannya soal politik, lagipun tiada jadual perjumpaan rasmi dengan Hajiji, atau perjumpaan untuk membincangkan hal-hal politik.

HANYA berpandukan gambar tular, ketibaan Tun Dr Mahathir ke Kota Kinabalu pada Ahad disambut Datuk Seri Haijiji Haji Noor berbagai andaian dibuat, hanya kerana mantan Perdana Menteri tersebut adalah Pengerusi Pejuang, apatah lagi, dalam suasana kempen pilihan raya ke-15, sedangkan sambutan tersebut atas kapasiti peribadi, sambutan pada kawan lama, lagi pun sambutan tersebut tidak tersenarai sebagai acara rasmi Ketua Menteri tersebut.

Datuk Hajiji adalah seorang individu yang sangat menghormati orang lama, apatah pada seorang negarawan, dan kawan lama pula, dan tidak menjadikan fahaman fahaman politik menyekat persahabatan.

Tersangat jelas, apabila wartawan memberi soalan pada Tun Dr Mahathir, berkaitan sambutan Hajiji, dengan tegas mantan Perdana Menteri berkata, ianya bukannya soal politik, lagipun tiada jadual perjumpaan rasmi dengan Hajiji, atau perjumpaan untuk membincangkan hal-hal politik.

Sebuah portal atas talian pro parti Warisan mensensasikan sambutan Hajiji, dan mengaitkan akan ada kerjasama Pejuang atau Gerakan Tanah Air (GTS) dengan GRS, selain mengiatkan latar belakang Ketua Menteri tersebut menjadi Pengerusi pertama Bersatu Sabah, sewaktu Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi.

Hajiji mengamalkan politik matang, seperti biasa beliau tunjukkan, pada majlis-majlis atau acara yang melibatkan pemimpin pembangkang, seperti Sidang DUN Sabah, sentiasa menegur sapa pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Shafie Apdal dan lain-lain.

*Suara Rakyat merupakan penulis dan pemerhati politik Sabah dan Nasional. Tulisan ini merupakan pandangan beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News