Calon tunggal Perikatan Nasional (PN) di Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mendapat kebenaran untuk bertanding di kerusi Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Naib Presiden Bersatu tersebut mendapat restu mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dan mempersoalkan langkah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bertanding disitu.
“Kenapa anda (GRS) tidak mempertahankan Kiandee? Adakah ia adil? Itu jawapan saya.
“Itu calon saya dan dia naib presiden (Bersatu), dia penyandang. Dia tidak dapat watikat daripada GRS. Apa yang anda buat jika di posisi saya?
“Jadi saya beritahu Kiandee bahawa keputusan kami (PN) ialah dia boleh bertanding menggunakan tiket PN,” kata Muhyiddin dipetik laporan media selepas ditemui media semasa program ceramah umum PN di Pendang semalam.
menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sekali gus menyebabkan pertembungan dengan calon BN, yang menjalin kerjasama dengan GRS dalam mentadbir Kerajaan Sabah, iaitu bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat.
Kiandee pada awalnya tidak dicalonkan mempertahankan kerusinya di bawah GRS kerana ia diperuntukkan kepada BN di bawah pakatan perkongsian kerusi gabungan GRS-BN di Sabah.
Tanpa tanda-tanda mana-mana parti akan melepaskan kerusi itu, PN membenarkan Kiandee bertanding pada saat-sat akhir.
Kiandee, 61, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berdepan saingan lima penjuru menentang calon Benedict Asmat, 54 (BN-UMNO); Felix Joseph Saang, 48 (PH-Upko) bersama Rowiena Rasid, 34, (Warisan) dan Hausing Samsudin, 48, (Pejuang).
Kiandee memenangi kerusi Beluran atas tiket BN-UMNO tetapi kemudian menyertai Bersatu pada 2019.
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut melakukan tindakan sama apabila meletakkan Datuk Seri Ewon Ebin bertanding di kerusi Ranau yang telah diperuntukkan kepada Datuk Jonathan Yasin dari GRS-Bersatu.
Jonathan memenangi kerusi itu atas tiket PKR tetapi meninggalkan parti itu pada 2020.
— EDITOR
Add Comment