Home » PRU15: SPR larang guna telefon bimbit ketika mengundi
Berita Dalam Negara Politik

PRU15: SPR larang guna telefon bimbit ketika mengundi

Infografik 10 langkah pengundian yang dikeluarkan oleh SPR.


SHAH ALAM:
Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Satu infografik yang dimuat naik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di platform sosial mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.

Langkah keenam dalam infografik tersebut menjelaskan pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada ketua tempat mengundi selepas mengambil kertas undi.

Selepas mengundi, pengundi akan kembali ke meja ketua tempat mengundi untuk mengambil semula telefon bimbit.

Baru-baru ini, Pengerusi Penaja Parti Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Badan Pemerhati Rasuah (MCW) menyarankan agar SPR melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi untuk mengelakkan budaya rasuah. –Sinar Harian

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment