Home » Saya bukan nak dabik dada angkat bakul sendiri, tetapi itu rekod prestasi saya – Muhyiddin
Berita Dalam Negara Politik

Saya bukan nak dabik dada angkat bakul sendiri, tetapi itu rekod prestasi saya – Muhyiddin

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata sekiranya diberi peluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi, beliau masih mampu berfikir dan bertindak cepat.

MUAR– Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mempunyai ‘track record’ yang cemerlang semasa menjadi Perdana Menteri selama 17 bulan.

Beliau berkata, sebelum ini juga pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam negara sama ada menjadi menteri, timbalan menteri dan menteri besar.
“Saya sudah mulakan kerja sewaktu terpilih menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 17 bulan.

“Latar belakang saya, rekod pencapaian saya di kementerian yang saya terajui dan jawatan-jawatan penting baik menteri besar serta kementerian dan timbalan menteri.

“Saya bukan nak dabik dada angkat bakul sendiri, tetapi itu rekod prestasi saya,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di kediamannya di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata sekiranya diberi peluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi, beliau masih mampu berfikir dan bertindak cepat.

Katanya, ini bukti khusus yang boleh jadi sandaran keupayaan PN untuk terajui negara.

“Jadi profil saya, orang kata ‘resume’ di hadapan saya itu saya fikir lebih daripada layak kalau diberi peluang,” katanya.

Berita Bersatu

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment