Home » PRU15: Abang Jo ada hubungi saya, kami sepakat sokong kerajaan yang stabil – Hajiji
Berita Tempatan

PRU15: Abang Jo ada hubungi saya, kami sepakat sokong kerajaan yang stabil – Hajiji

Ketua Menteri Sabah itu berkata, antara yang dibincang dan dimuktamadkan adalah bersama-sama menyokong kerajaan yang akan memberi kestabilan kepada Sabah dan Sarawak.


KOTA KINABALU:
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan ada menerima panggilan telefon daripada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, antara yang dibincang dan dimuktamadkan adalah bersama-sama menyokong kerajaan yang akan memberi kestabilan kepada Sabah dan Sarawak.

“Saya telah berbincang dengan Premier Sarawak untuk sepakat menyokong kerajaan yang akan dibentuk di peringkat Persekutuan yang boleh membawa kestabilan politik bukan sahaja kepada negara tetapi juga di Sabah. 

“Kami mahu kerajaan yang stabil dan sudah tentu (untuk) kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, di Kota Kinabalu pada awal pagi Ahad.

Begitu pun Hajiji berkata, GRS dan GPS masih belum memutuskan untuk menyokong mana-mana parti untuk menjalin kerjasama.

“Itu kita akan bincangkan. Kita lebih kepada kerajaan yang dibentuk yang memberi kestabilan kepada Sabah.

“Kita tidak boleh nyatakan di sini kerana kita belum dapat putus secara rasmi. Jadi selepas itu kita buat satu lagi kenyataan,” kata Ketua Menteri Sabah itu lagi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

AWANI