Home » PRU15: Agong perkenan lanjut tempoh masa serah SD
Berita Dalam Negara Politik

PRU15: Agong perkenan lanjut tempoh masa serah SD

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga jam 2.00 petang esok (Selasa, 22 November).

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga jam 2 petang esok (Selasa, 22 November).

Titah perkenan Seri Paduka Baginda itu susulan permohonan daripada ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau “Caretaker Prime Minister” berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara (Caretaker Government),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

AWANI