Home » Pintar gesa ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin
Berita Dalam Negara Politik

Pintar gesa ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin

Tambah Mohd Roslan, langkah mengambil sikap berkecuali di waktu kritikal begini akan memberi muka kepada kedua-duanya selain merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab kepada negara.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar) menggesa Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Presiden Pintar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berpendapat, rakyat di negara ini ingin melihat kerajaan yang stabil memperjuangkan hak-hak kelompok majoriti Melayu-Islam dan dalam masa yang mengangkat hak-hak kaum lain.

“Melalui keputusan PRU15 yang ada, pilihan terbaik buat UMNO dan BN adalah untuk memberi sokongan kepada PN untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

“Sanjungilah kesediaan parti-parti Sabah Sarawak melalui GPS dan GRS yang telah pun memberikan sokongan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan secara bersama.

“Oleh itu, sangat wajar bagi 30 orang ahli Parlimen BN untuk menyatakan sokongan padu kepada Muhyiddin.

“Memilih untuk bersikap berkecuali sebenarnya adalah bukan pilihan buat masa ini. Rakyat dan negara memerlukan kerajaan dibentuk segera untuk melicinkan pentadbiran dan urusan yang perlu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Tambah Mohd Roslan, langkah mengambil sikap berkecuali di waktu kritikal begini akan memberi muka kepada kedua-duanya selain merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab kepada negara.

“Pintar juga menggesa ahli Parlimen UMNO konsisten dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk menolak DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.” katanya lagi.

Melihat kepada perkembangan semasa mengenai pelantikan perdana menteri ini, Pintar merasakan ia tidak wajar dilengahkan oleh mana-mana ahli Parlimen khususnya melalui parti-parti yang telah dipilih di dalam PRU15.

Justeru itu, Mohd Roslan berpendapat, sikap berkecuali dalam keadaan sekarang adalah suatu perkara yang perlu untuk dinilai semula.

Ini kerana negara akan terumbang-ambing tanpa dapat dilantik seorang perdana menteri yang akan menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam mentadbir negara.

“Mandat rakyat telah diperoleh di mana sebelum PRU15 diadakan, kita sering mendengar agar soal politik negara dikembalikan kepada rakyat.

“Sekarang, mandat tersebut telah jelas berdasarkan keputusan PRU15 yang telah diperoleh,” katanya lagi.

Berita Bersatu

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment