Home » 168 kes baharu Covid-19 hari ini
Berita Tempatan

168 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 168 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 43 kes berbanding kelmarin (125).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan ini adalah sejajar dengan peningkatan tinggi kadar positiviti daripada 6.41 peratus semalam kepada 10.31 peratus dengan sampel ujian yang berjumlah 1,630.

Menurutnya, lima daerah merekodkan jangkitan dua angka iaitu Kota Kinabalu 46 kes (+1), Sandakan 18 kes (+15), Tuaran 16 kes (+7), Papar 14 kes (+2) dan Putatan 10 kes (+10). 

“Hanya lapan daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Daripada 168 kes yang direkodkan hari ini, 166 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala dua kes dalam Kategori 4.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 46 (45)

Sandakan 18 (3)

Tuaran 16 (9)

Papar 14 (12)

Putatan 10 (0)

Kota Marudu 8 (7)

Penampang 7 (10)

Tawau 7 (6)

Tenom 6 (5)

Beaufort 5 (0)

Lahad Datu 5 (6)

Sipitang 5 (1)

Telupid 5 (2)

Kota Belud 4 (11)

Kudat 4 (3)

Tambunan 4 (0)

Kuala Penyu 2 (0)

Keningau 1 (3)

Kunak 1 (0)

Beluran 0 (2)

Kalabakan 0 (0)

Kinabatangan 0 (0)

Nabawan 0 (0)

Pitas 0 (0)

Ranau 0 (0)

Semporna 0 (0)

Tongod 0 (0)

)Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 30/11/2022)

Kluster Baharu

         Tiada 

wartaoriental