Home » Piala Dunia Qatar: Jepun juara Kumpulan E, Sepanyol cemas
Berita Luar Negara Sukan

Piala Dunia Qatar: Jepun juara Kumpulan E, Sepanyol cemas

Aksi Ao Tanaka meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan Piala Dunia kumpulan E antara Jepun dan Sepanyol di Khalifa International Stadium, Doha, Qatar, 1 Dis 2022. (Foto AP)

JEPUN 2 SEPANYOL 1

Gol daripada Ritsu Doan dan Ao Tanaka membantu Jepun mara ke pusingan 16 Piala Dunia selaku juara Kumpulan E menerusi kemenangan luar biasa 2-1 ke atas Sepanyol sambil La Roja menyertai mereka tatkala Jerman tersingkir.

Dengan kedua-dua pasukan sedar hanya kemenangan akan memastikan kemaraan, Sepanyol tidak membuang masa untuk memecah kebuntuan apabila tandukan Alvaro Morata melepasi Shuichi Gonda untuk jaringan ketiganya dalam kejohanan itu.

Bagaimanapun, Sepanyol yang mendominasi permainan gagal mencari penyudah berkesan dan Jepun mula menggandakan usaha mereka dalam separuh masa kedua yang menyaksikan rembatan jarak jauh Doan menerjah jaringan sebelum Tanaka menghasilkan jaringan kedua.

Sepanyol turut berdepan detik cemas kerana dibayangi penyingkiran memandangkan Costa Rica sedang mendahului Jerman dalam satu lagi pertembungan membabitkan kumpulan itu.

Tetapi kebangkitan lewat Jerman ketika mencipta kemenangan 4-2 menyelamatkan kedudukan La Roja untuk layak sebagai naib juara.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment