Home » 173 kes baharu Covid-19 hari ini
Berita Tempatan

173 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 173 kes baharu Covid-19 hari ini, naik lima kes berbanding kelmarin (168).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan ini berpunca daripada peningkatan kadar positiviti daripada 10.31 peratus kepada 11.22 peratus walaupun jumlah sampel ujian (1,542) kurang sedikit daripada jumlah semalam (1,630).

Katanya, sebanyak tujuh daerah merekodkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 27 kes (-19), Kota Belud 26 kes (+22), Penampang 25 kes (+18), Papar 22 kes (+8), Tuaran 16 kes (kekal), Putatan 13 kes (+3) dan Kota Marudu 10 kes (+2). 

“Sepuluh daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Daripada 173 kes yang direkodkan hari ini, 170 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala dua kes dalam Kategori 3 dan satu kes dalam Kategori 5.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 27 (46)

Kota Belud 26 (4)

Penampang 25 (7)

Papar 22 (14)

Tuaran 16 (16)

Putatan 13 (10)

Kota Marudu 10 (8)

Beaufort 6 (5)

Kudat 6 (4)

Tawau 6 (7)

Tambunan 4 (4)

Telupid 4 (5)

Sandakan 3 (18)

Lahad Datu 2 (5)

Kalabakan 1 (0)

Keningau 1 (1)

Semporna 1 (0)

Beluran 0 (0)

Kinabatangan 0 (0)

Kuala Penyu 0 (2)

Kunak 0 (1)

Nabawan 0 (0)

Pitas 0 (0)

Ranau 0 (0)

Sipitang 0 (5)

Tenom 0 (6)

Tongod 0 (0)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 01/12/2022)

Kluster Baharu

        Tiada 

wartaoriental