Home » PN rampas Padang Serai, tewaskan PH majoriti 16,260 undi
Berita Dalam Negara Politik

PN rampas Padang Serai, tewaskan PH majoriti 16,260 undi

Datuk Azman Nasrudin (kiri) bersama Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

PADANG SERAI: Perikatan Nasional (PN) rampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilangsungkan siang tadi.


Calon PN, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak daripada PH.


PRU15 di Padang Serai yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu ditangguhkan susulan kematian calon disahkan bertanding, iaitu M Karupaiya, 69, daripada PH yang juga penyandang kerusi, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.


Pertembungan enam penjuru di kerusi berkenaan turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraajh, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman; calon Parti Warisan (WARISAN), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, iaitu Sreanandha Rao.


Bagaimanapun, pada 2 Disember lalu, BN dan calonnya bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen berkenaan.


Berita lanjut menyusul.

— Ahmad Mukhsein Mukhtar