Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya. – Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pertemuan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Na’im Mokhtar.
Beliau berkata mereka sempat berbincang perihal pendidikan tinggi Islam khususnya pengukuhan jalinan hubungan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar yang kini menempatkan 6,204 pelajar negara ini.
Selari dengan kuliah Jamal Farouk bertajuk ‘Peranan Akhlak dalam Pembinaan Negara’ semasa kunjungan itu, Perdana Menteri menekankan bahawa adalah menjadi misi pentadbiran beliau untuk menjelmakan nilai akhlak dalam tata laksana kenegaraan.
— BERNAMA
— AWANI
Add Comment