Home » Tanah runtuh Batang Kali: 2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23
Berita Am Berita Dalam Negara

Tanah runtuh Batang Kali: 2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23

HULU SELANGOR: Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali di sini meningkat kepada 23 mangsa.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan, ia susulan penemuan dua lagi mayat di lokasi kejadian setakat jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, mangsa masing-masing adalah seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak.

Setakat ini, ujar beliau 10 lagi individu masih hilang.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi Jumaat itu dipercayai melibatkan 94 individu.

Terdahulu, seramai 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi runtuhan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, selain memastikan keselamatan pasukan bertugas.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

-astroawani