Home » Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Berita Luar Negara

Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu

Anggota tentera Ukraine berkawal di kedudukan mereka di Bakhmut, dalam wilayah Donetsk, Ukraine, 17 Dis 2022. (Foto AP)

MOSCOW: Amaran serangan udara diaktifkan di seluruh Ukraine pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.

Bagaimanapun tiada amaran dikeluarkan di Crimea.

Krisis di Ukraine kini berlanjutan selama hampir 10 bulan, manakala amaran serangan udara dikeluarkan hampir setiap hari di Ukraine selepas insiden pada 8 Okt lalu merosakkan Jambatan Kerch yang menghubungkan Rusia dengan Semenanjung Crimea.

— BERNAMA

AWANI