KUALA LUMPUR: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata dalam Sidang Parlimen ke-15 semalam, menegaskan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Negeri Sabah menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sokongan ini kerana, ingin melihat politik Malaysia berada dalam keadaan stabil dan boleh fokus kepada pembangunan dan permasalahan rakyat.
Tambah Jeffrey, perlunya fokus kepada isu-isu Sabah dan Sarawak, MA63. Perkara ini tidak mahu tergantung dan perlu dilaksanakan dengan segera.
“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri yang baharu memberi jaminan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963, isu-isu hak Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan,” katanya.
Jelasnya lagi, perkara ini perlu dilaksanakan secepat mungkin dan tidak mahu Malaysia dilanda tidak kestabilan politik lagi.
“Sehinggalah jawatan Perdana Menteri direbut dan satu penggal ada 4 Perdana Menteri, kita mahu kestabilan politik dan kita mulakan pada hari ini,” katanya.
— EDITOR
Add Comment